web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Batal Tambah Kekerapan Cabutan Nombor Ramalan - PUM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 7:37PM

Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak untuk membatalkan keputusan menambah kekerapan cabutan khas agensi nombor ramalan seperti diumumkan baru-baru ini.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, berkata adalah lebih baik untuk kerajaan menghapuskan segala bentuk perjudian bagi menjamin kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan negara.

Katanya, PUM juga meminta kerajaan negeri mengambil langkah sama untuk membanteras segala bentuk perjudian di kawasan masing-masing.

“Ini kerana kami mendapat maklumat bahawa terdapat pertambahan bilangan tempat perjudian di negeri tertentu, sama ada diwujudkan secara haram, mahupun diberikan lesen operasi.

“Marilah sama-sama kita bergerak ke arah membentuk Keluarga Malaysia lebih sejahtera dengan menghapuskan judi,” katanya hari ini.

Kerajaan baru-baru ini mengesahkan memberi kebenaran untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali sepanjang tahun 2021.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat.

Al-Syeikh Abdul Halim berkata, PUM sedih di atas perkembangan dan pengumuman berhubung pertambahan bilangan cabutan judi itu.

“PUM membantah perkara ini kerana judi bukanlah sesuatu yang sihat untuk rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata, perjudian juga akan membawa lebih banyak mudarat kepada mereka yang terpalit dengan kegiatan itu dalam kehidupan.

“Dari sudut pandang Islam, sudah jelas sekali bahawa judi itu, walaupun ada yang diberi lesen oleh kerajaan, hukumnya adalah haram,” katanya. - Getaran, 26 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

12 Lelaki Dicekup, Leka Main Judi ‘Pai Gow’

2

Pendidikan 8 bulan yang lalu

Cabutan Wow! Simpan SSPN 2024 Tawar Hadiah Lebih RM1.3 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KDN Serah Polis, SPRM Dedah Identiti Ahli Politik Naungi Kegiatan Judi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Judi Dalam Talian: SKMM Sekat 6,381 Laman Sesawang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia