web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jatuh Longkang, Kanak-Kanak 4 Tahun Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 7:55AM

Bomba sedang giat mengesan mangsa yang terjatuh ke dalam longkang sedalam 4x5 kaki di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Shah Alam, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini, semalam. 

Pengarah Bomba Selangor,  Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat  berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

"Pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4x5 kaki itu (1.2 meter x 1.5 meter) " katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya juga turut menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat dengan paras air setinggi 1.2 meter di Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, dekat sini sekitar 5.09 petang tadi .

Namun katanya tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun tercedera dengan dalam banjir kilat itu dan hujan juga sudah mulai reda.

"Keadaan air di kawasan itu juga kini juga sudah mulai surut dan terkawal," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia