web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menyamar Pegawai Kerajaan, Sindiket Kaut RM57.4 juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 12:38PM

Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penyamaran sebagai pegawai kerajaan menerusi panggilan telefon memperlihatkan perkembangan membimbangkan, apabila mencatatkan kerugian sebanyak RM57.4 juta sehingga 15 September lalu.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sepanjang tempoh berkenaan bermula Januari tahun ini, sebanyak 1,421 kes diterima polis daripada orang awam.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, sindiket akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) atau Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, modus operandi sindiket biasanya melibatkan gertakan ke atas mangsa, dengan mendakwa mereka terlibat dalam perilaku jenayah.

“Mangsa yang terpengaruh dengan dakwaan suspek seterusnya diarahkan untuk menyerahkan maklumat perbankan seperti kata laluan, ID pengguna, nombor kad ATM dan nombor TAC kepada sindiket dengan alasan siasatan pihak berkuasa.

“Mangsa juga diarahkan memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga (keldai akaun) yang kononnya milik pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan siasatan," katanya di sini.

Menurut Mohd Kamarudin, sindiket kemudiannya menjanjikan bahawa wang tersebut akan dikembalikan semula selepas beberapa hari, namun mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas mendapati janji itu tidak ditunaikan.

Beliau memberi ingatan, pihak berkuasa tidak akan berurusan dengan orang ramai melalui panggilan telefon terutamanya me kes yang melibatkan siasatan.

“Jabatan kerajaan khususnya pihak polis hanya akan berhubung melalui telefon untuk membuat janji temu dan urusan lanjut akan dibuat di pejabat kerajaan yang berkaitan.

“Sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun, kata laluan perbankan atau jumlah wang di dalam akaun juga tidak akan diminta melalui panggilan telefon,” katanya. – Getaran, 27, September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia