web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengurus Pajak Gadai Pecah Amanah, Curi Barang Pajak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 5:53PM

Gambar hiasan - Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Polis menahan seorang pengurus kedai pajak gadai di sini kerana disyaki melakukan pecah amanah dengan mencuri barangan kemas yang dipajak di kedai tersebut, sebelum digadai pula ke cawangan sebuah bank di daerah ini untuk keuntungan peribadinya.

Sumber memaklumkan, pengurus tersebut, seorang lelaki berusia 41 tahun, ditahan Rabu lalu setelah pihak syarikat membuat laporan mengenai kejadian itu yang mengakibatkan kerugian mencecah hampir RM184,000.

"Kejadian tersebut disedari pemilik syarikat berkenaan bergelar 'Datuk' berusia 60 tahun, setelah beliau meneliti laporan audit.

"Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pula mendapati, antara modus operandi pengurus tersebut adalah membuat penebusan barangan kemas itu tanpa kehadiran pelanggan untuk menggadainya semula di cawangan bank berkenaan yang terletak di Changlun," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Tambahnya, antara penebusan dibuat pengurus itu turut melibatkan barangan kemas milik dua wanita terdiri daripada cincin, subang, rantai kaki dan loket emas.

Susulan insiden, suspek yang berasal dari Kodiang ditahan pda Rabu lalu dan direman hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran 27 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 29 minit yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia