web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindah Sekolah Guru Enggan Vaksin Bukan Penyelesaian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2021 8:30AM

Isu guru-guru yang enggan menerima vaksin telah menjadi perdebatan banyak pihak termasuk ibu bapa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan memindahkan guru yang enggan menerima imunisasi COVID-19 ke sekolah lain disifatkan bukan penyelesaian terbaik untuk menangani isu berkenaan, sebaliknya dibimbangi meluaskan pengaruh ‘anti vaksin’.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) dimohon mempertimbangkan dan memperhalusi kemungkinan untuk memindahkan golongan itu.

“Bagi PIBGN, tidak patut guru tidak mahu menerima vaksin ini ditukar sekolah kerana ia seolah-olah memindahkan masalah ke tempat baharu.

“Walaupun bilangan pendidik enggan divaksin ini kecil, dikhuatiri mereka membawa pengaruh ke sekolah baharu yang berisiko menambah jumlah guru menolak suntikan imunisasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kelmarin, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menegaskan guru yang menolak vaksin COVID-19 berkemungkinan ditukar ke sekolah lain.

Kemungkinan yang masih dalam penelitian itu, katanya, bertujuan mengelakkan guru terbabit berinteraksi secara langsung dengan pelajar, atau menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka masih berpegang pada pendirian itu. 

 Dr Mohamad Ali Hasan
Dr Mohamad Ali Hasan

Mohamad Ali berkata, PIBGN mencadangkan supaya guru menolak vaksin COVID-19 terus diberikan penerangan rapi daripada pakar kesihatan dan pakar agama berhubung kepentingan suntikan berkenaan.

Jelasnya, penerangan rapi itu membolehkan mereka berfikir dan mempertimbangkan semula keputusan menolak vaksin terbabit, seterusnya mungkin lebih bersedia menerimanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan supaya tanggungjawab guru yang menolak vaksin difokuskan untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Jangan pindahkan mereka (guru) ke sekolah lain kerana tindakan itu tidak relevan, malah seperti memindahkan masalah ke sekolah baharu,” katanya.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Semenanjung Malaysia, Wang Heng Suan berkata, pihaknya sukar memberikan ulasan berhubung isu berkenaan, memandangkan ia masih dalam pertimbangan KPM.

“Kita (NUTP) ada bertanya kepada KPM mengenai cadangan memindahkan guru seperti dimaklumkan menteri, namun pihak kementerian beritahu perkara itu masih dalam pertimbangan dan belum dimuktamadkan,” katanya.

Heng Suan berkata, NUTP tetap berpendirian bahawa semua guru dan setiap murid yang bakal hadir ke sekolah, patut divaksin seperti ditetapkan kerajaan.

“Memandangkan KPM prihatin mendengar suara rakyat dan badan bukan kerajaan pendidikan sebelum melaksanakan sesuatu keputusan, NUTP juga ada meminta pihak kementerian memberi tempoh lebih panjang kepada guru menolak vaksin ini sebelum mengambil tindakan ke atas mereka.

“Hasil daripada program kesedaran kepentingan vaksin, jumlah guru menolak pengambilan imunisasi berkenaan semakin berkurangan kini, iaitu hanya 2,043 orang,” katanya.

Selain itu, Heng Suan berkata, pihaknya turut aktif mengadakan program kesedaran berhubung kepentingan vaksin COVID-19 secara maya, termasuk webinar yang mengetengahkan panel jemputan dalam kalangan pakar bidang untuk mengulas isu terbabit.

Ketika program itu, katanya, guru berpeluang bertanya secara langsung kepada panel berhubung masalah, kemusykilan dan kegusaran mereka mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

Menerusi hasil penjelasan diterima daripada pakar bidang itu, jelasnya, guru menolak vaksin boleh menentukan keputusan sama ada mahu menerima imunisasi atau tetap dengan pendirian asal.

“Ada guru apabila ditanya pihak NUTP kenapa menolak vaksin COVID-19 mengatakan mereka membaca kesan negatif akan dialami mereka apabila mengambil suntikan ini menerusi media sosial, sekali gus membuatkan mereka risau atau percaya maklumat diperoleh.

“Jika mereka dapat maklumat negatif sahaja memang akan nampak kesan buruk dan kebimbangan mereka tidak hilang, jadi kita perlu bawakan pakar bidang untuk mengulas secara terperinci isu vaksin COVID-19,” katanya. - Getaran, 28 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia