web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 11,332 Kes Baharu Hari Ini, Sarawak Kekal Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 4:03PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini meningkat sedikit setakat 12 tengah hari iaitu 11,332, dengan Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi.

Semalam negara merekodkan 10,959  kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah 2,220,526 kes.

“Sarawak masih merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 2,358 kes diikuti Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes) dan Kelantan dengan 1,088 kes,” katanya yang berkongsi data tersebut melalui Facebooknya hari ini.

Data itu juga memaklumkan terdapat lapan negeri yang masih merekod tiga digit kes iaitu Sabah dengan 965 kes, Pulau Pinang (895 kes), Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes), Melaka (303 kes), Kuala Lumpur (240 kes).

Tiga negeri pula mencatat dua digit kes iaitu Negeri Sembilan dengan 89 kes, Putrajaya dan Perlis masing-masing dengan 19 kes.

Labuan yang semalam tidak merekodkan sebarang kes, hari ini mencatat tiga kes baharu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia