web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LHDN Nafi Data Bocor Diperoleh Melalui Laman Sesawangnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 6:35PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan dakwaan kebocoran jutaan data peribadi rakyat Malaysia untuk sistem myIDENTITY seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperoleh daripada laman sesawangnya.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata siasatan dalaman telah dijalankan berhubung perkara itu dan didapati tidak berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa.

"LHDN memberi jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan LHDN adalah selamat kerana ia dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf," katanya.

LHDN berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak JPN, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meneliti semua kemungkinan berkenaan dakwaan tersebut.

Media hari ini melaporkan pangkalan data yang dikatakan milik JPN didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data terkenal. 

Penjualnya mendakwa ia mengandungi empat juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh daripada portal rasmi LHDN menggunakan Application Programming Interfaces (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

Pangkalan data JPN itu disertakan dengan tanda harga 0.2 BTC bersamaan dengan harga sekitar RM35,495, menurut laporan media tersebut.

Sistem myIDENTITY kendalian JPN membolehkan warganegara dan pemastautin tetap mencapai maklumat peribadi dan mengemas kini maklumat perhubungan semasa berurusan secara dalam talian dengan agensi kerajaan.

LHDN berkata pihaknya kesal dengan laporan dan dakwaan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data dan maklumat mereka.

Sambil menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan perkara yang tular seumpama itu, LHDN tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk mengelirukan masyarakat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia