web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5.8 Juta Bakal Pemilih Diminta Semak, Sah Rekod Dengan SPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 2:46PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) mulai 1 hingga 31 Oktober ini untuk memberi peluang kepada 5.8 juta bakal pemilih menyemak dan mengesahkan rekod mereka.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata dalam tempoh itu, warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih juga boleh membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

“Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, mereka dinasihatkan supaya mengemas kini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Urusan SPPA boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu menerusi aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my atau mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan di 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara.

Antara tempat semakan tersebut ialah ibu pejabat atau pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos, pejabat daerah, pejabat tanah, majlis daerah, majlis perbandaran, dewan serbaguna, rukun tetangga dan pejabat penghulu.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi pejabat pilihan raya negeri, Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

3

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia