web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Niat Membantu Berakhir Tragedi, Wanita Maut Dirempuh Myvi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 3:08PM

Keadaan salah satu kenderaan yang terlibat dengan kejadian. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Niat murni dua  pengguna jalan raya untuk membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya MEX berhampiran Bulatan Kampung Pandan, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dirempuh kenderaan lain.

Dalam kejadian jam 10.15 malam tadi, mangsa, wanita berusia 43 tahun maut manakala seorang lelaki parah akibat dirempuh pengguna jalan raya lain.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh, kejadian pada mulanya berlaku apabila sebuah kereta jenis PROTON Saga dikatakan hilang kawalan dan terbabas di lokasi terbabit.

Katanya, mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera kemudiannya berhenti untuk memberikan bantuan, dan pada masa sama terdapat beberapa lagi kenderaan pengguna jalan raya berhenti di bahu kiri jalan.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta jenis PRODUA Myvi dipandu seorang lelaki merempuh kedua-dua mangsa yang sedang memberikan bantuan menyebabkan wanita terbabit maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan juga menyebabkan seorang lelaki turut parah dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.

Sarifudin berkata, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan, terutamanya di kawasan berselekoh dan gelap.

“Tidak digalakkan untuk berhenti terlalu ramai di kawasan kemalangan bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa,” katanya. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia