web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan, Jangan Ganggu Simpanan KWSP - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat disaran tidak mengeluarkan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya mereka tidak memiliki keperluan yang mendesak.

Pakar ekonomi, Profesor Datuk Dr Barjoyai Bardai berkata, masyarakat perlu mendapatkan pengetahuan asas kewangan dan merancang persaraan daripada awal, bagi memastikan kehidupan berjalan lancar serta berupaya melindungi diri atau keluarga pada masa hadapan.

“Rakyat tidak sepatutnya mengeluarkan wang simpanan KWSP kerana sekiranya mereka mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dalam masa 10 tahun mereka hanya ada wang simpanan lebih kurang RM15,000.

“Wang simpanan antara RM10,000 ke RM15,000 yang tinggal tidak cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara ketika berumur 55 tahun. Ia berada pada tahap yang sangat membimbangkan kerana simpanan tersebut sepatutnya digunakan untuk meneruskan kehidupan akan datang,” kata Barjoyai ketika dihubungi Getaran.

Mengulas lanjut, Barjoyai menasihatkan orang ramai supaya menggunakan wang simpanan KWSP yang sudah dikeluarkan itu sebagai platform untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sekiranya individu merancang untuk mengeluarkan simpanan mereka dan merancang untuk menjana pendapatan lain seperti melibatkan diri dengan pertanian, itu lebih bagus kerana ia merupakan pelan jangka masa panjang.

“Jika modal tidak besar, cukup dengan bercucuk tanam di kediaman sendiri seperti menanam sayur terlebih dahulu. Apabila sudah mahir, tanaman tersebut boleh dijual dan secara tidak langsung dapat menjana hasil daripada wang simpanan yang dikeluarkan itu,” katanya.

Profesor Datuk Dr Barjoyai Bardai
Profesor Datuk Dr Barjoyai Bardai

Menurut beliau, langkah itu membolehkan persediaan menghadapi waktu persaraan dirancang dengan bijak, apabila berupaya mewujudkan sumber pendapatan baharu.

Barjoyai bagaimanapun tidak menafikan, ramai rakyat terdesak untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui program i-Sinar dan i-Citra yang diumumkan kerajaan sebelum ini, kerana perlu membayar hutang akibat kehilangan sumber pendapatan atau dibuang kerja.

“Kalau mereka hilang pekerjaan, mereka memang tiada pilihan kerana inilah satu-satunya sumber yang mereka ada dan milik mereka. Jadi biasanya mereka akan memilih untuk keluarkan wang simpanan KWSP tersebut dengan harapan, sesuatu keajaiban akan berlaku.

“Dalam masa yang sama, mereka perlu memikirkan apakah sumber pendapatan baru yang mereka boleh membantu mereka di hari tua selain terus berusaha dan yakin dengan ketentuan rezeki Allah,” ujarnya lagi.

Bercakap dalam konteks mencari peluang bagi menjana pendapatan, Barjoyai juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan pelaburan saham skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan melebihi 10 peratus.

“Dalam keadaan pandemik sekarang, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan skim pelaburan saham yang lumayan, sehingga menyebabkan ramai tertipu hingga akhirnya bukan sahaja hilang wang simpanan tetapi terpaksa menanggung beban untuk meneruskan kelangsungan hidup,” tegasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ssbelum ini memaklumkan, timbul kerisauan dengan keselamatan persaraan rakyat Malaysia, apabila 46 peratus ahlinya berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Mengikut data dana pencen berkenaan, ketidakcukupan pendapatan persaraan itu mewakili 5.8 juta ahli, setakat 31 Ogos lalu.

Jelas Amir lagi, angka tersebut amat membimbangkan walaupun pihaknya yakin bahawa pakej rangsangan dan inisiatif kerajaan akan dapat membantu meningkatkan perniagaan serta permintaan dalam negeri. - Getaran, 29 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia