web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


116,736 Peranti Digital Sudah Diagih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 11:33AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 116,736 unit peranti digital sudah diagihkan kepada murid B40 di 955 sekolah di seluruh negara sehingga 26 September lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, bilangan itu adalah sebahagian daripada 150,000 peranti digital yang diluluskan dalam Belanjawan 2021.

Katanya, sebanyak 18,770 unit peranti digital sudah diterima daripada Yayasan Hasanah dan akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

“Baki 14,494 unit akan diagihkan sebaik diterima daripada Yayasan Hasanah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mengenai status pengedaran 150,000 unit komputer riba yang diluluskan dalam Belanjawan 2021, terutama di Sabah.

Mohd Radzi memaklumkan, sebanyak 13,458 unit peranti digital sudah diagihkan kepada murid B40 di 97 sekolah di negeri itu.

“Inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 orang murid B40 ini dilaksanakan Yayasan Hasanah, iaitu sebuah Yayasan di bawah Khazanah Nasional menerusi Tabung CERDIK seperti diluluskan Belanjawan 2021.

“CERDIK adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), bertujuan menyediakan peranti digital serta pelan data kepada murid B40 yang dikenal pasti,” katanya. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia