web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir: 1 PPS Di Kedah Ditutup, 14 Masih Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 8:11AM

Anggota APM Kedah membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir di Kedah, baru-baru ini. - Gambar dari Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 263 mangsa banjir daripada 95 keluarga masih berlindung di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di Kedah sehingga pukul 8 malam tadi.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata 12 PPS dibuka di daerah Baling dan dua di Sik.

"PPS di daerah Baling menempatkan 235 mangsa daripada 89 keluarga manakala 28 mangsa daripada enam keluarga pula ditempatkan di PPS SK Gulau (Sik) dan SK Sik," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya PPS di Baling terdiri daripada SK Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom, Maktab Mahmud Baling, SK Malau, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Surau Barakah Tembak B dan Kampung Padang Kupang.

Sementara itu Saifuddin berkata satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi dalam daerah Padang Terap telah ditutup pada pukul 2 petang tadi, selepas 10 mangsa banjir daripada enam keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut berikutan keadaan cuaca yang baik hari ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia