web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pecah Cermin, Bakar Kereta, 5 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 10:50AM

A A Anbalagan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara pergaduhan dan perselisihan yang berlarutan di Facebook, lima individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes khianat pecah cermin serta membakar kereta di Jalan BK5 Bandar Kinrara, Serdang, kelmarin.

Suspek berusia antara 36 hingga 42 tahun itu ditahan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Serdang menerima maklumat terdapat kekecohan di lokasi kejadian pada jam 4 petang hari sama. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP), A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati seorang suspek menggunakan batu untuk memecahkan cermin kereta Proton Waja di bahu jalan kawasan berkenaan.

"Lelaki itu bertindak sedemikian dalam keadaan marah sambil menjerit, selain melakukan provokasi.

"Lampu dan cermin belakang Proton Waja itu pecah berpunca perbuatan khianat seperti dipaparkan dalam empat video yang tular di Facebook," katanya kepada media.

Anbalagan berkata, pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 42 tahun kerana membakar kereta berkenaan di lokasi sama, pada jam 8.40 malam hari kejadian.

"Suspek mengaku membakar kereta itu. Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan yang berlarutan di Facebook antara dua pihak.

Semua suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita itu direman mengikut Seksyen 427, 435 dan 506 Kanun Keseksaan. - Getaran, 1 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia