web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Perlu Akur Kewajipan Vaksin - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 1:26PM

Adnan Mat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), menyifatkan langkah mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada kakitangan kerajaan, mampu memberikan keyakinan dan melancarkan urusan perkhidmatan sektor awam.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, langkah itu selari dengan aspirasi keseluruhan warga perkhidmatan awam yang menyaksikan hampir 98 peratus petugas sudah menerima imunisasi berkenaan

Katanya, sehingga kini majoriti penjawat awam sudah menerima vaksin itu dan hanya segelintir belum berbuat demikian.

“CUEPACS menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada semua pegawai perkhidmatan awam.

“Justeru, CUEPACS meminta semua penjawat awam akur dengan langkah kerajaan ini kerana keputusan dilaksanakan bertujuan memulihkan kembali negara yang terkesan pandemik daripada sudut ekonomi dan sosial,” katanya kepada Getaran.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam mengumumkan bahawa penjawat awam diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 dan perlu melengkapkan imunisasi berkenaan sebelum 1 November depan.

Menurut JPA, sekiranya penjawat awam masih belum mengambil vaksin terbabit selepas tempoh ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras peraturan semasa.

Adnan berkata, tempoh masa diberikan kerajaan kepada kakitangan awam untuk melengkapkan vaksinasi itu menerusi pusat pemberian vaksin (PPV) juga adalah munasabah.

Jelasnya, CUEPACS berharap semua ketua jabatan akan mengambil maklum arahan terbaharu itu dan menyampaikan maklumat berkenaan kepada kakitangan yang belum divaksin.

Beliau berkata, setiap kakitangan awam perlu akur dengan arahan itu memandangkan mereka adalah jentera pentadbiran kerajaan yang menjadi pelaksana dan mendukung segala dasar serta polisi.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993. Kita adalah penjawat awam yang menerima arahan kerajaan dan melaksanakan dasar kerajaan untuk mengurus semua perkara berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan.

“Tindakan diambil kerajaan ini bukan bertujuan menghukum kerana sudah banyak ruang dan peluang diberikan sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan,” katanya. - Getaran, 1 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia