web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kuatkuasa Undang-Undang Pukat Pari, Cegah Kematian Penyu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 9:42PM

Rani Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Kerajaan negeri digesa menguatkuasa undang-undang penggunaan pukat pari sebagai usaha 
menyelamatkan habitat penyu yang semakin terancam.

Pengasas Kapas Society Club, Rani Ahmad, 56, berkata, pihaknya bimbang dengan kekerapankematian penyu kerana terperangkap dalam pukat jenis itu.

“Sekurang-kurangnya setiap tahun 10  penyu mati kerana penggunaan pukat pari secara berleluasa oleh di perairan negeri ini.

“Itu berdasarkan penemuan kami. Tapi apa yang pasti angka kematian penyu akibat penggunaan pukat sebenarnya jauh lebih tinggi," katanya kepada media.

Pukat pari jelas beliau, adalah ancaman serius kepada reptilia berkenaan dan tindakan tegas perlu diambil pada kadar segera.

Mengulas lanjut, Rani berkata Kapas Society Club ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk sejak April lepas dalam usaha melindungi dan memulihara hidupan marin itu.

Penubuhan Kapas Society Club katanya, berjaya menyelamatkan kira-kira 5,000 biji telur penyu setakat ini.

Usaha meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap ancaman yang dihadapi penyu katanya, turut giat dilakukan di media sosial.

Jelas Rani, meskipun NGO berkenaan dibelenggu peruntukan kewangan yang terhad, ia bukan penghalang bagi aktivis it meneruskan kerja murninya.

“Setakat ini, penerimaan masyarakat sangat baik terutama selepas insiden perut penyu dibelah yang menjadi viral pada Mei lepas.

“Tapi sudah tentu sebagai NGO, kami berdepan dengan sumber terhad dan ketika ini kami bergantung dengan sumbangan orang ramai untuk meneruskan kerja-kerja memulihara haiwan tersebut," katanya.

Sebagai rekod, Jabatan Perikanan Terengganu mencatatkan kematian 38 penyu dan seekor tuntung laut setakat September 2021. - Getaran, 1 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia