web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Kilang Terbakar, Bomba Ambil Masa 10 Jam Padam Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 1:48PM

Bomba memadam kebakaran melibatkan 2 buah kilang di Jalan Masai Lama, Pasir Gudang, malam tadi. - Gambar dari Facebook VOICE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengambil masa hampir 10 jam untuk memadamkan kebakaran dua buah kilang iaitu kilang memproses lilin dan air mineral di Jalan Masai Lama, Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Ketua Zon 1 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Tilmizi Mustapha berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, menerima panggilan berhubung kebakaran kedua-dua kilang itu pada 9.18 malam.

Beliau berkata sepasukan anggota termasuk pegawai dari BBP Pasir Gudang, BBP Tebrau dan BBP Johor Jaya bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran dua kilang masing-masing berkeluasan 70x200 kaki terbakar hampir 80 peratus setiap satu. Operasi pemadaman dilakukan di bahagian dalam, kiri dan kanan bangunan, bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang bersebelahan.

“Kita turut melakukan pengepaman bergilir dari jentera Pasir Gudang dengan jentera Tebrau menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran dan jentera Bandar Baru Kulai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira 7 pagi ini dan operasi masih dijalankan bagi memadam sisa api di kedua-dua kilang tersebut.

Bagaimanapun katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia