web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jambatan Pulau Pinang Alami Gangguan Bekalan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 2:20PM

Keadaan di Plaza Tol A, berjalan lancar meskipun berlaku gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang. - Gambar dari Facebook PLUS Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak malam tadi dan kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan bagi memulihkan situasi secepat mungkin.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata gangguan yang berlaku pada 8.23 malam itu turut menjejaskan kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan itu.

“PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih...kami juga memohon kesabaran para pelanggan lebuh raya dalam memahami situasi dan pihak kami sedang memulihkan kembali bekalan elektrik di plaza tol dan jambatan dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, semua lorong kini telah berfungsi seperti biasa dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa menerusi Twitter PLUS Trafik atau Aplikasi PLUS.

Syed Mohamad turut menasihatkan pengguna yang sedang menuju ke jambatan agar memandu dengan berhati-hati dan memastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan setiap masa. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia