web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tumpahan Pewarna Kilang Tekstil Punca Air Banjir Warna Merah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 3:47PM

Penduduk di Kampung Sri Serdang Baru, Tampoi sebelum ini terkejut kerana rumah mereka dibanjiri air bewarna merah. - Gambar dari Facebook Jabatan Alam Sekitar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjelaskan kejadian air banjir berwarna merah di Kampung Sri Serdang Baru, Tampoi di sini Khamis lepas berpunca daripada tumpahan sisa pewarna lama dari sebuah kilang tekstil berhampiran kampung berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata tumpahan itu dipercayai disebabkan hujan lebat dan struktur kilang itu yang tidak berbumbung, selain bekas atau beg penyimpanan pigmen warna sudah reput.

"Berdasarkan siasatan dan maklumat penduduk, air merah itu berpunca dari sebuah kilang tekstil usang. Pemilik kilang memaklumkan premis berkenaan wujud sejak 1940-an dengan keluasan 8.49 hektar dan tidak lagi menjalankan sebarang aktiviti kerana telah menghentikan operasi pada tahun 2000.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tumpahan dari bekas sisa pewarna lama yang ditinggalkan di dalam kawasan kilang terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun ketika banjir mula surut sekitar pukul 4.15 petang, air didapati tidak lagi berwarna merah. 

Wan Abdul Latiff berkata susulan itu JAS Negeri Johor mengeluarkan arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) kepada pemilik kilang agar kerja-kerja pembersihan dan pelupusan segera dilakukan.

"Pihak kilang telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memindahkan sisa tumpahan. Bangunan itu juga ditutup dengan kanvas sehingga kerja-kerja selesai," katanya.

Khamis lepas seorang penduduk kampung berkenaan membuat hantaran di Facebook beberapa keping gambar yang menunjukkan pekarangan rumahnya dipenuhi air berwarna merah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia