web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Segera Bina Loji Rawatan Dan Bekalan Air - Mahdzir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Oct 2021 6:01PM

Mahdzir Khalid (tengah) meminta kerajaan Kedah menyegerakan pembinaan loji rawatan dan bekalan air di KRC secepat mungkin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Kerajaan negeri Kedah digesa menyegerakan pembinaan loji rawatan dan bekalan air di tapak projek Bandaraya Getah Kedah (KRC) bagi memastikan kalangan pelabur di kawasan itu dapat beroperasi secepat mungkin. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, beliau bimbang sekiranya loji tersebut tidak dapat disiapkan ketika para pelabur telah pun bersedia untuk memulakan operasi mereka. 

"Sehingga kini, ada syarikat yang telah pun 'lease' tanah untuk tujuan industri. Sebab itu saya harap kerajaan negeri dapat percepatkan pembinaan loji rawatan air itu. 

"Saya takut nanti syarikat nak masuk, tetapi loji rawatan air belum siap. Kalau air tak ada, macam mana mereka nak beroperasi sedangkan industri getah memerlukan bekalan air yang banyak," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Bas Tambahan MARA Liner di Kuala Nerang di sini, hari ini. 

Difahamkan setakat ini KRC telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion daripada dua syarikat hiliran produk berasaskan getah. 

Kerja-kerja tapak kini giat dijalankan oleh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan projek tersebut kini masih berada di fasa satu.  

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang terap berkata, selain isu air, perhatian juga perlu diberikan terhadap bekalan elektrik yang mencukupi. 

"KRC sudah tentu memerlukan bekalan elektrik yang tinggi tetap sekarang ini memang tak cukup kerana kita gunakan 33Kb untuk seluruh Padang Terap.

"Sedangkan untuk KRC, dijangkakan kita kena guna 132 Kb. 132 Kb ini kena datang daripada Tanjung Pauh, Jitra iaitu kira-kira 41 kilometer dari sini," katanya. 

Beliau dalam pada itu turut meminta kerajaan negeri agar menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar. - Getaran 2 Oktober 2021.

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 20 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar