web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Firdaus Wong Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Oct 2021 10:29PM

Firdaus Wong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas terpalit dengan dakwaan menyebarkan video dan gambar lucah seorang pendakwah terkenal melalui Telegram, Pengasas Multiracial Reverted Muslim Malaysia (MRM) Firdaus Wong membuat laporan polis.

Menurut pendakwah bebas itu, beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju petang tadi bagi membuat laporan terhadap fitnah yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, laporan tersebut dibuat bagi membersihkan namanya daripada fitnah berkenaan.

“Alhamdulilah, selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah.

“Saya menafikan fitnah tersebut!,” tegasnya hari ini.

Menurut Firdaus, beliau hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja yang boleh diakses di pautan https://t.me/brofirdauswong.

Beliau juga menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” katanya.

Nama Firdaus Wong menjadi bualan warga maya selepas tampil mendedahkan beberapa keping tangkap layar perbualan yang berunsur tidak senonoh didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Beliau juga dilihat agresif dalam mempertahankan mangsa gangguan seksual membabitkan individu yang amat disanjungi dan dihormati di negara. - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia