web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Vaksinasi Sandakan, Kaji Semula Statistik Penduduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2021 10:37AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Kerajaan digesa agar membuat semakan semula statistik penduduk yang digunakan ketika ini sebagai petunjuk untuk mengira kadar vaksinasi bagi memastikan jumlah sebenar.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, maklumat dari Jabatan Kesihatan sehingga akhir September mendapati, hanya 50 peratus penduduk berusia 18 tahun dan ke atas telah melengkapkan dos masing-masing di daerah tersebut.

Menurut beliau, peratusan itu amat membimbangkan, kerana ia akan memberi impak kepada Sandakan, khususnya membabitkan aktiviti merentas negeri atau daerah.

“Berikutan peratusan vaksinasi yang masih rendah, Sandakan tidak tersenarai dalam pengumuman pembukaan semula perjalanan rentas daerah mengikut zon oleh kerajaan Negeri Sabah yang bermula semalam,” katanya.

Tegas Vivian, senario itu akan merencatkan perkembangan pemulihan ekonomi daerah, apabila semua aktiviti terpaksa ditangguhkan, berbanding daerah lain yang telah mencapai kaedah vaksinasi melebihi 60 peratus.

“Usaha Pejabat Kesihatan daerah Sandakan setakat ini untuk meningkatkan program vaksinasi dengan bergerak ke desa atau kampung dan pulau terpencil untuk wajar diberikan pujian.

“Saya percaya usaha ini akan dilakukan secara berterusan demi meningkatkan peratusan vaksinasi di Sandakan,” katanya.

Vivian Wong Shir Yee
Vivian Wong Shir Yee

Semakan semula statistik bagaimanapun jelas beliau, wajar dibuat pada kadar segera  untuk mengesahkan bilangan sebenar.

“Berdasarkan populasi semasa, terdapat 360,000 penduduk dewasa di Sandakan dan angka ini diperolehi daripada anggaran penduduk melalui bancian kerajaan.

“Saya ingin tahu, adakah pihak berkuasa mengambil kira ratusan ribu penduduk Sandakan yang telah meninggalkan kampung halaman untuk belajar atau bekerja di daerah dan negeri lain,” katanya, meminta penjelasan.

Jelas Vivian, beliau percaya bahawa majoriti kumpulan ini masih cenderung menyimpan alamat Sandakan pada kad pengenalan mereka dan telah menerima vaksinasi di bandar, daerah atau negeri kediaman mereka sekarang.

“Menerusi laman sesawang CovidNow Kementerian Kesihatan, kadar vaksinasi di Lembah Klang sebenarnya telah mencapai 111 peratus.

“Mungkin lebihan data ini dikira sebagai sebahagian dari populasi Sandakan berdasarkan data kerajaan, kerana itu kerajaan harus mengkaji statistik untuk menghitung pergerakan golongan penduduk ini yang telah melintasi sempadan dan menyemak semula kadar vaksinasi kita dengan sewajarnya,” katanya. - Getaran, 3 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

63 Rumah Setinggan Diroboh Dalam Operasi Bersepadu Di Kota Kinabalu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia