web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 4:23PM

Jumlah pelawat domestik turut meningkat bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan domestik mencatatkan lonjakan 16.1 peratus atau 54.3 juta pelawat pada suku keempat 2023.

Menurut laman sesawang Jabatan Perangkaan (DOSM), ia adalah satu peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun sebelum.

Berdasarkan statistik, jumlah pelawat domestik turut meningkat 1.6 peratus bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun.

“Dari aspek perbelanjaan, pelancongan domestik merekodkan RM23.8 bilion, iaitu peningkatan 29.5 peratus tahun ke tahun.

“Jumlah ini juga adalah peningkatan 18.5 peratus bagi tempoh suku tahun ke suku tahun,” katanya.

Tambah laman sesawang itu, prestasi pelancongan domestik secara keseluruhan bagi 2023 merekodkan 210.9 juta pelawat, meningkat 22.9 peratus berbanding setahun sebelum.

“Bagi perbelanjaan pelancongan domestik pada 2023, ia mencatatkan RM84.9 bilion, meningkat 32.5 peratus berbanding tahun lepas. 

“Bagaimanapun, kedua-dua statistik ini masih di bawah paras pra-pendemik (2019) dengan pelawat domestik merekodkan -11.8 peratus dan perbelanjaan pelancongan domestik berkurang -17.7 peratus,” katanya.

Maklumat lanjut dan nota teknikal adalah sama seperti dalam penerbitan Survei Pelancongan Domestik 2022 dan buletin ini boleh diakses atau dimuat turun melalui portal DOSM, www.dosm.gov.my.  - Getaran, 2 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Bilangan Penganggur Berkurang Kepada 580,700 Pada 2023 - DOSM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki