web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2024 2:05PM

Peningkatan itu disumbangkan oleh pertambahan warganegara dan bukan warganegara - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan penduduk Malaysia untuk suku tahun pertama 2024 meningkat 2.3 peratus iaitu anggaran 34 juta, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk negara ketika itu direkodkan seramai 33.2 juta.

Menurut beliau, peningkatan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara. 

"Jumlah tersebut merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta daripada 17.4 juta pada suku tahun pertama 2023 dan perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama. 

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Dr Mohd Uzir Mahidin - Gambar fail
Dr Mohd Uzir Mahidin - Gambar fail

Jelas Mohd Uzir, kaum Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2023: 17.6 juta). 

Penduduk Cina, India dan Bumiputera Lain katanya, kekal kepada 22.6 peratus, 6.6 peratus dan 12.2 peratus. 

“Bumiputera Sabah merangkumi Kadazan/Dusun (2.1 peratus), Bajau (1.8 peratus), Murut (0.3 peratus), manakala Bumiputera Sarawak merangkumi Iban (2.4 peratus), Bidayuh (0.7 peratus) dan Melanau (0.4 peratus).

Penduduk umur muda (0-14 tahun) dan umur bekerja (15-64 tahun) masing-masing meningkat daripada 7.5 juta dan 23.2 juta kepada 7.7 juta dan 23.8 juta pada suku tahun pertama 2024.

Sementara itu beliau berkata, komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) kekal tidak berubah pada 2.5 juta.

“Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus (106,386 kelahiran) berbanding 117,413 kelahiran pada suku tahun pertama 2023. 

“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 bayi dilahirkan sehari pada suku tahun pertama 2024. Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bilangan Penganggur Berkurang Kepada 580,700 Pada 2023 - DOSM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight