web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bilangan Penganggur Berkurang Kepada 580,700 Pada 2023 - DOSM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:34PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bilangan penganggur terus menurun kepada 580,700 orang pada 2023 adalah paling rendah sejak pandemik, dengan kadar pengangguran 3.4 peratus, menurut Sorotan Pasaran Buruh Suku Keempat 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia mencerminkan perkembangan ekonomi yang bertambah baik sepanjang suku keempat tahun itu dengan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.6 mata peratus tahun ke tahun, mengekalkan kadar tertinggi iaitu 70.1 peratus berbanding suku sebelumnya.

"Bilangan tenaga buruh bertambah 2.2 peratus untuk merekodkan 16.91 juta orang pada suku keempat 2023, terutamanya didorong oleh kenaikan 2.5 peratus dalam penduduk bekerja, yang merangkumi 16.35 juta orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasaran buruh Malaysia terus bertambah baik pada suku keempat itu, walaupun dalam persekitaran yang mencabar kerana permintaan dalam negeri yang lebih tinggi telah mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kepada industri.

"Ini menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran yang disebabkan oleh pengembangan ekonomi hampir kesemua sektor. Hal ini menyumbang kepada permintaan buruh yang lebih kukuh, meskipun dengan persekitaran luaran yang mencabar.

"Oleh itu, ekonomi Malaysia berkembang tiga peratus pada suku keempat 2023, lebih rendah daripada pertumbuhan 3.3 peratus pada suku sebelumnya," katanya.

Mengulas situasi guna tenaga tidak penuh, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu mencatatkan pertambahan 6.6 peratus berbanding suku sama pada tahun 2022, dengan sejumlah 286,100 orang.

Pada masa yang sama, katanya, guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang merujuk kepada mereka berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah meningkat sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun untuk merekodkan 1.94 juta orang dengan kadar 37.4 peratus atau terdiri daripada lebih satu pertiga penduduk bekerja dengan pendidikan tertiari.

Dari sudut pandangan permintaan buruh, Mohd Uzir berkata, jawatan dalam sektor ekonomi mencatatkan peningkatan 2.1 peratus kepada 8.94 juta jawatan berbanding tahun lepas, dengan jawatan diisi merangkumi 97.9 peratus daripada jumlah jawatan berkembang 2.1 peratus kepada 8.74 juta.

Dalam pada itu, beliau berkata, permintaan buruh di Malaysia terus bertambah baik pada suku ini ditunjukkan oleh pertumbuhan 0.6 peratus dalam bilangan pewujudan jawatan untuk memenuhi keperluan industri yang merangkumi 31,100 jawatan.

Seiring perkembangan ekonomi pada suku keempat 2023, produktiviti buruh yang diukur berdasarkan nilai ditambah per pekerja meningkat 0.5 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas untuk merekodkan nilai RM25,080 per pekerja.

Mengulas lanjut berkenaan prestasi keseluruhan pasaran buruh bagi 2023, beliau berkata, anggaran awal berdasarkan data purata bulanan menunjukkan bilangan penduduk bekerja meningkat 6.0 peratus kepada 16.31 juta orang pada 2023 berbanding 3.1 peratus atau 15.39 juta pada tahun sebelumnya.

Tambahnya bilangan tenaga buruh berkembang 5.4 peratus kepada 16.89 juta orang pada tahun lalu, manakala kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.7 mata peratus kepada 70.0 peratus," katanya menambah baki 30 peratus penduduk dalam umur bekerja dikelaskan sebagai luar tenaga buruh.

Walaupun menghadapi cabaran luaran pada 2023, permintaan buruh mengukuh dengan jawatan dalam sektor ekonomi meningkat kepada 8.94 juta dengan 126,500 jawatan telah diwujudkan pada 2023 yang tertinggi dalam siri masa dan melepasi bilangan yang direkodkan pada 2022 iaitu 116,700 dan 2021 (69,500).

Dari segi produktiviti buruh, dengan pertumbuhan ekonomi yang positif sebanyak 3.7 peratus pada 2023, produktiviti buruh per pekerja meningkat 0.9 peratus daripada 5.4 peratus pada 2022 untuk merekodkan RM96,692 per pekerja dengan 2022 mencatatkan RM95,858.

Melangkah ke tahun 2024, Mohd Uzir berkata, ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan pemulihan permintaan luaran.
Menurutnya dalam keadaan tersebut, pasaran buruh dijangka kekal stabil pada suku akan datang, selari dengan perkembangan ekonomi semasa dan kemajuan teknologi yang terhasil daripada pelaburan bernilai tinggi yang disokong oleh inisiatif kerajaan yang berterusan.

"Dengan pendekatan proaktif untuk menangani cabaran dan memanfaatkan peluang, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan momentumnya dan memupuk pertumbuhan inklusif bagi kesemua segmen masyarakat.

"Namun begitu, prospek itu tertakluk kepada potensi cabaran global dan domestik serta trend pasaran yang berubah-ubah berpunca daripada situasi luar jangka yang mungkin berlaku pada masa hadapan," katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight