web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pejalan Kaki Alami Masalah Mental Maut Dilanggar Kereta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2021 7:35PM

Seorang pesakit mental maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Pujut, berhampiran hospital swasta, Miri malam tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang pesakit mental maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Pujut, berhampiran hospital swasta, di sini malam tadi.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, Chai Vui Ong disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan yang datang bersama sebuah ambulans pada jam 8.05 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu lelaki berusia 46 tahun, yang datang dari arah tempat kerja di Kenyalang Supermarket.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu cuba mengubah haluan ke lorong kiri untuk masuk ke simpang menghala ke rumahnya dan melanggar mangsa,” katanya kepada Getaran hari ini.

Alexson berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pesakit mental itu sendiri.

“Maklumat mangsa hanya diketahui melalui nama setelah dimaklumkan oleh abangnya.

“Keluarganya juga memaklumkan mangsa mengalami masalah mental dan telah lama tidak pulang ke rumah,” ujarnya.

Mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 3 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia