web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Zolkples Embong Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 7:37AM

Ahli keluarga menyiram air mawar pada pusara Allahyarham Zolkples Embong yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya Kuala Dungun, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Jenazah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah di Kuala Lumpur pagi semalam, selamat dikebumikan malam tadi.

Allahyarham Zolkples, 62, yang menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini pada pukul 10.40 malam.

Selain ahli keluarga, turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Zolkples telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Seri Petaling, di Kuala Lumpur sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Gong Pasir di sini.

Selain Ketua Pengarah MSN, Zolkples pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2010 yang menyaksikan Malaysia merangkul sembilan pingat emas sekali gus merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara sepanjang penyertaan pada temasya sukan berkenaan.

Berikutan kejayaan itu, Allahyarham sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.

Zolkples juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia