web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin Sinovac Selamat Untuk Kanak-Kanak - Pharmaniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 5:15PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd memberi jaminan kepada para ibu bapa bahawa vaksin COVID-19 Sinovac bagi kanak-kanak dan remaja adalah selamat, dengan lebih 63 juta dos vaksin berkenaan telah diberikan kepada rakyat China yang berumur antara 12 dan17 tahun sehingga kini.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata analisis kesan imunisasi Adverse Events Following Immunisation (AEFI) terhadap 63 juta vaksinasi mencadangkan bahawa vaksin Sinovac memiliki profil keselamatan yang baik secara keseluruhannya dalam kalangan populasi kanak-kanak, dengan data yang dikumpul kebanyakannya merujuk kepada suntikan rutin di lapangan dengan simpton biasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Ubat-ubatan (DCA) telah meluluskan penggunaan vaksin Sinovac COVID-19 bagi kanak-kanak dan remaja.

Sementara itu pengarah urusan kumpulan Pharmaniaga Bhd, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata vaksin itu digunakan secara meluas dalam kalangan populasi muda berumur antara 12 dan 17 tahun di China, dan sehingga kini tiada rekod mengenai sebarang maklumat risiko keselamatan mengenai AEFI berkaitan vaksinasi itu yang timbul.

Menurut kenyataan itu, vaksin berkenaan boleh didapati di beberapa hopital serta klinik swasta terpiih terpilih tidak lama lagi, sebagai pilihan kepada ibu bapa, dan menambah simptom termasuk pening serta mual, merupakan keadaan biasa.

Menurutnya vaksin COVID-19 Sinovac dibangunkan menggunakan virus tidak aktif, yang merupakan teknologi cukup maju melebihi 40 tahun, yang juga biasa digunakan dalam banyak jenis vaksin dalam pasaran, termasuk bagi penyakit polio, Hepatitis A dan rabies.

Jumaat lepas, Dr Noor Hisham berkata vaksin Sinovac COVID-19 bagi remaja berumur 12 tahun dan keatas adalah dibenarkan sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat ke-36 DCA. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia