web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


29 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, 3 Rumah Musnah Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:07PM

Seramai 29 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan 3 buah rumah di Lorong Sentosa 2, Jalan Salim, Sibu, malam semalam. - Gambar dari Facebook Pusat Maklumat Rakyat PPD Sibu

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seramai 29 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Lorong Sentosa 2, Jalan Salim, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 8.43 malam dan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dan BBP Sungai Merah ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, api didapati sedang marak membakar tiga rumah berstruktur tidak kekal itu sebaik bomba tiba di lokasi.

"Operasi pemadaman dimulakan dengan menggunakan tiga aliran 300 kaki, empat nozel, satu pam angkut, satu pam jentera dan sumber air dari bekalan air terbuka, manakala pasukan dari BBP Sungai Merah menggunakan satu aliran dari dua nozel," katanya kepada Getaran hari ini.

Janggan berkata, rumah pertama terbakar 100 peratus manakala rumah kedua dan ketiga masing-masing terbakar 40 serta 80 peratus.

"Rumah pertama didiami seramai 15 penghuni, rumah kedua didiami lapan penghuni manakala rumah ketiga mempunyai enam penghuni," uiarnya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.14 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.50 malam.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian," ujarnya.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia