web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Pandora Papers': Jangan Sangka Saya Nak Lari Dari Cukai - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 9:42PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi perhatian di Parlimen hari ini susulan pendedahan Pandora Papers, yang didakwa turut mengaitkan beberapa rakyat Malaysia berprofil tinggi.

Dalam dokumen, yang dilaporkan Malaysiakini, ia mendakwa Zahid adalah antara nama-nama yang disebut mempunyai akaun luar pesisir termasuk Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bekas Menteri Kabinet, Tun Daim Zainuddin.

Dokumen berkenaan mendakwa Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan, mempunyai akaun pesisir di British Virgin Island (BVI).

Beliau sepatutnya menjadi pengarah syarikat, yang ditubuhkan pada September 1996. Pada tahun yang sama, ahli politik itu memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Menyentuh mengenai itu itu, R.S.N. Rayer (Jelutong-PH) bertanya kepada Zahid sama ada beliau mahu membawa balik wang berkenaan untuk membantu ekonomi negara.

Zahid menjelaskan, insiden berkenaan berlaku bertahun-tahun lalu ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang disenaraikan dan mempunyai pelaburan di sebuah negara, lapor The Vibes.

Beliau berkata, syarikat berkenaan telah menerima konsesi dari negara itu untuk melaksanakan projek, tetapi keuntungannya tidak dapat dibawa keluar dari negara itu.

"Sebaliknya diminta untuk dilaburkan semula di negara berkenaan,'' katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Zahid, ia tidak menjadi persoalan kerana syarikat itu tidak lagi wujud.

"Jadi jangan sangka saya macam jenis yang Yang Berhormat Jelutong kata, bahawa mahu melarikan diri dari cukai,” kata Zahid.

Zahid turut berkata:

"Penstrukturan semula korporat, percantuman, pengambilalihan, tolong belajar dari saya.'' - Getaran, 4 Oktober 2021

Pun begitu, memiliki akaun, syarikat atau amanah luar pesisir tidak semestinya membuktikan seseorang itu terbabit dalam urus niaga haram dan menubuhkan entiti luar pesisir bukanlah sesuatu yang melanggar undang-undang. -  Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia