web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Statistik Kadar Jenayah Klang Mengelirukan, Tidak Tepat Sama Sekali - Arjunaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 9:44PM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Data dari statistik yang dikeluarkan sebuah badan tinjauan antarabangsa berhubung tahap keselamatan di Klang disifatkan sebagai amat mengelirukan dan tidak tepat sama sekali.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, antara lain tinjauan itu mengklasifikasikan Klang sebagai bandar yang memiliki kadar jenayah tertinggi dan tahap keselamatan terendah antara semua negara ASEAN.

Menurut beliau, maklumat yang terkandung dalam artikel itu berkaitan indeks jenayah (crime index) dan indeks keselamatan (safety index) tidak dapat dipastikan kesahihan serta sumbernya.

"Pihak polis ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita yang disiarkan adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

"Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang," katanya di sini.

Arjunaidi berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor mulai dari 1 Januari hingga 30 September lalu mendapati, jenayah kekerasan di daerah berkenaan melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes atau bersamaan dengan 6 peratus.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tinjauan dibuat sebuah
badan antarabangsa, dikenali sebagai Numbeo.

Menurut Numbeo, data menunjukkan bahawa Klang adalah bandar paling tidak selamat di Asia Tenggara dan keempat paling tidak selamat di Asia dengan kadar jenayahnya yang mencapai 68.22 peratus.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, jenayah harta benda pula bagi tempoh sama merekodkan nilai ambang iaitu 195.44 kes atau bersamaan dengan 13 peratus.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, sepanjang tempoh berkenaan daerah Klang berada di bawah nilai ambang iaitu sebanyak 163.68 kes atau bersamaan dengan 8 peratus.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak gusar atau bimbang dengan laporan dikeluarkan laman sesawang itu kerana ia tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar kejadian jenayah yang berlaku di daerah Klang," katanya. - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia