web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Autisme Kenal 198 Bendera Dalam Masa Kurang 10 Minit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:02AM

K. Rashwin, bersama tenaga pengajar Headstart Academy, Siew Lee (kiri) selepas menerima sijil MBR atas kepintarannya berjaya mengenal pasti bendera 198 buah negara dalam masa sembilan minit. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Walaupun baru berusia 4 tahun, seorang kanak-kanak istimewa Rashwin a/l Kalithas berjaya mencatatkan namanya di dalam Malaysia Books of Records (MBR) bagi kategori  ‘Mengenal pasti bendera antarabangsa terbanyak oleh kanak-kanak autisme’ apabila berjaya mengenal pasti 198 bendera dalam masa 9 minit 54 saat.

Perunding Kanan Rekod MBR, Edwin Yeoh berkata pencapaian itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana kanak-kanak autisme biasanya mempunyai daya fokus yang kurang dan sangat mudah terganggu.

“Rashwin melakukan dua kali percubaan (secara maya) tetapi tidak melakukan dengan baik, tetapi dalam percubaan ketiga, kita sebenarnya mahu menggunakan kad imbasan (secara fizikal) kerana beliau sudah biasa dengan cara itu (dan akhirnya dia berjaya memecahkan rekod tersebut),” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sijil tersebut di sini semalam.

Katanya rekod terdahulu dipegang oleh seorang budak lelaki berusia lima tahun dari Negeri Sembilan yang dicatatkan awal tahun ini.

“Bapanya, Kalithas Selvaraju, 40, telah menghantar permohonan untuk aksi memecahkan rekod dan rekod sebegini wujud pada peringkat antarabangsa namun tidak ia bukan dipecahkan oleh kanak-kanak autisme.

“Kita juga berasakan seseorang dewasa jika diuji sedemikian, belum tentu dapat jawab separuh daripadanya seperti yang dilakukan Rashwin memandangkan sukar untuk kanak-kanak autisme memberi fokus pada satu-satu barang tertentu kerana daya perhatiannya singkat dan mudah terganggu,” kata Yeoh.

Katanya MBR terpaksa menolak permohonan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang boleh mengenal pasti 215 bendera dalam masa 12 minit kerana Rashwin lebih pantas.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Krishnarani Balakrishnan, 36, berkata anak keduanya itu telah berjaya menetapkan satu tanda aras yang baharu.

Suri rumah itu berkata beliau mula mengesan bakat anaknya itu seawal usianya dua setengah tahun kerana dia berminat dengan kamus bergambar selain bentuk dan warna.

Beliau dan suami, yang bekerja sebagai pengurus data, memutuskan agar Rashwin mencuba nasib untuk memecahkan rekod MBR sebaik sahaja dia boleh mengikut arahan.

“Untuk rancangan masa depan, kami akan beri dia masa sebelum cuba memecahkan rekodnya sendiri.

“Kami juga mahu terus memberi pendedahan tentang autisme dan memberi inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk lebih memahami anak-anak autisme mereka.

“Secara peribadi, kami mahu generasi muda memahami mengenai penyaki autisme. Bagi sekolah, alangkah baiknya sekiranya kesedaran mengenai autisme diselitkan di dalam pendidikan kerana banyak kes buli melibatkan golongan ini,” kata Krishnarani yang juga bekas pengurus insurans. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia