web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Benarkan Rentas Daerah Berkuatkuasa Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 7:59PM

Meskipun rentas daerah di seluruh Sarawak dibenarkan namun semua penduduk perlu mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial. - Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Aktiviti merentas daerah di seluruh negeri akan dibenarkan berkuatkuasa esok.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) berkata, arahan terbaru itu membolehkan orang ramai yang mahu melakukan perjalanan rentas daerah berbuat demikian tanpa perlu mendapatkan permit polis.

Menurut beliau, kebenaran itu tidak terpakai untuk aktiviti merentas negeri.

"Walaupun rentas daerah dibenarkan, kunjung-mengunjung adalah tidak digalakkan.

"Orang ramai perlu ada kawalan kendiri yang tinggi kerana Sarawak kini masih dalam fasa memerangi COVID-19," katanya.

Orang ramai juga jelas jurucakap itu, perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengutamakan keselamatan masyarakat, terutamanya penduduk berada di kawasan pedalaman.

“Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, mereka tidak digalakkan untuk keluar dari rumah buat masa ini. 

"Sekiranya perlu, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga (telah lengkap vaksinasi) dan wajib mematuhi protokol kesihatan ditetapkan,” tegasnya.

Katanya, walaupun terdapat kelonggaran pergerakan bagi mereka yang telah melengkapkan vaksinasi, orang ramai dinasihatkan untuk kekal mengamalkan langkah pencegahan demi mengelakkan penularan jangkitan.

“Amalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam. 

"Selain itu, pastikan pengudaraan yang baik dan elakkan aktiviti berkumpul,” tegasnya.- Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia