web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TDM Lancar Buku Op Daulat Kenang Jasa Wira Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2021 9:05PM

Zamrose (kanan) ketika pelancaran Buku Op Daulat di Batalion Ke-26 RAMD, Kem Kukusan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tentera Darat Malaysia (TDM) melancarkan penerbitan buku Op Daulat dalam usaha mengenang jasa wira negara yang terkorban dalam insiden penceroboh Tanduo, Lahad Datu, lapan tahun lalu.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain berkata, penerbitan buku berkenaan adalah satu sejarah TDM bagi memastikan pengorbanan khususnya oleh mangsa yang gugur terus dihargai semua pihak termasuk generasi akan datang.

"Catatan dalam buku berkenaan adalah berasaskan gambaran sebenar pencerobohan tentera Kesultanan Sulu.

"Ini termasuk kelemahan di pihak kita dan ia perlu dijadikan pengajaran serta panduan buat semua agar kesilapan terdahulu tidak berlaku," katanya ketika menghadiri acara Pengoperasian Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Pelancaran Buku Op Daulat di Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) Kem Kukusan, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Zamrose turut menggalakkan semua pihak membaca buku tersebut yang akan diterbitkan tidak lama lagi, bagi meningkatkan kefahaman terhadap peristiwa berdarah tersebut, panduan dan pengajaran.

Beliau menegaskan, Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa meletakkan keutamaan dalam meningkatkan kesiagaan ketumbukannya sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman terhadap keselamatan awam.

"Penubuhan semula Tim Nukleus 26 RAMD di Kem Kukusan ini merupakan satu pencapaian membanggakan TDM dan menepati keperluan keupayaan pertahanan negara pada tahap tertinggi, khususnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

"Alhamdulillah, selepas tujuh tahun penubuhan semula batalion ini, kita berjaya mengisytiharkan pengoperasian Batalion Ke-26 RAMD secara rasminya, hari ini," katanya.

Ia turut membabitkan beberapa  pencapaian termasuk Ops Aman, Ops Penawar, Ops Pasir Selatan dan Program Jiwa Murni.

Menurut Zamrose, Batalion Ke-26 RAMD akan dipindahkan ke Desa Kencana, Lahad Datu, apabila kem baharu di sana siap beroperasi sepenuhnya.

"Dalam masa sama, kerajaan turut mengumumkan beberapa pembangunan TDM di Sabah menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 selain pembinaan dua pos imbangan yang sedang giat dilaksanakan.

"Dikenali sebagai Pos Luis di Tawau dan Pos Tibow, Pensiangan, pos imbangan yang dijangka siap pada Mac tahun depan itu dilihat mampu memperkasa operasi kawalan sempadan di Sabah," katanya. - Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia