web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Panggilan Judi Digempur, 7 Operator Judi Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:15AM

Pihak polis menyerbu pusat panggilan judi dalam talian dan menahan tujuh individu di sebuah pangsapuri Jalan Bintawa, Kuching, petang Isnin.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pihak polis terus melakar kejayaan menggempur sindiket judi dalam talian di sekitar bandaraya Kuching, selepas menyerbu pusat panggilan judi di sebuah pangsapuri Jalan Bintawa, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, dalam Operasi Dadu jam 4.30 petang itu, pihaknya berjaya menahan tujuh individu operator judi dalam talian, terdiri dari dua wanita dan lima lelaki yang sedang leka mengendalikan pusat berkenaan.

Menurutnya, kesemua mereka yang terdiri daripada lima rakyat asing dan dua warga tempatan berusia 18 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama sembilan  anggota dari Balai Polis Sekama dan Balai Polis Bintawa.

“Mereka merupakan operator pengendalian perjudian dalam talian semenjak dua bulan yang lalu dengan bayaran gaji sebanyak RM 1,500 sebulan.

“Kesemua operator ini mempromosikan perjudian dalam talian menggunakan panggilan telefon dan aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Wechat, Skype dan Facebook,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pelbagai peralatan dirampas termasuk tujuh unit monitor, empat cpu, empat papan kekunci, modem dan lapan telefon bimbit pelbagai jenama yang digunakan bagi menjalankan kegiatan haram tersebut.

“Jumlah keuntungan kasar dalam tempoh dua bulan sindiket ini beroperasi adalah dianggarkan RM102,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Ahsmon berkata, kesemua suspek warga asing ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari mulai semalam sehingga 19 Oktober nanti.

“Perintah reman kesemua suspek warga tempatan juga dilakukan di Mahkamah Kuching semalam.

“Operasi Dadu akan diteruskan bagi membanteras perjudian haram yang merugikan ekonomi dalam aspek lesen dan cukai,” tegasnya.

Untuk rekod, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah melakukan sebanyak 20 serbuan sindiket judi dalam talian di sekitar bandaraya Kuching dalam tempoh tiga bulan sejak Julai lalu. - Getaran, 6 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia