web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TUDM Kemas Kini Sop Kendalian Senjata - Ikmal Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 1:02PM

Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM lokasi di mana kejadian tembakan berlaku.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menambah baik dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) pengendalian dan pengurusan senjata susulan insiden tembakan membabitkan empat anggotanya di Kem TUDM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak pada 13 Ogos lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata perkara itu antara elemen yang dikaji dan disiasat Lembaga Penyiasatan yang ditubuhkan TUDM bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Ikmal Hisham berkata insiden itu adalah kes yang terpencil kerana dalam situasi latihan atau urusan melibatkan senjata api, ia tak boleh diambil atau digunakan sewenang-sewangnya.

“Apa yang berlaku itu (tembakan) adalah amat dikesali dan tidak dijangka … insya-Allah, Panglima TUDM (Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad) akan memaklumkan hasil siasatan lembaga berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mengenai langkah kementerian untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Ikmal Hisham berkata kementerian turut menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk semua anggotanya sejajar keperluan ATM mencegah isu tekanan mental yang boleh menjejaskan kesiapsiagaan mereka termasuk pihak yang terlibat dalam insiden itu.

“Insiden berkenaan juga sememangnya memberi kesan trauma kepada anggota pasukan itu dan keluarga anggota terlibat.

“Pasukan psikologi dan kaunseling yang dihantar TUDM amat membantu menenangkan mereka dan ahli keluarga terlibat. Sehingga kini, pemantauan secara berkala masih dilakukan.” katanya menjawab soalan asal Rubiah berhubung usaha memastikan tahap kesihatan mental anggota dan pegawai tentera dalam keadaan baik.

Dalam insiden yang berlaku 7.50 pagi 13 Ogos, empat anggota TUDM maut dalam kejadian tembakan di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Trump Cedera Dalam Kejadian Tembakan Semasa Berkempen

3

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia