web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Nafi Gari Dua Beradik Orang Asli, Mereka Sekadar Bergambar - Shafien

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 8:23PM

Paparan yang tular di Facebook, mendakwa dua beradik Orang Asli digari polis kerana mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh syarikat pembalakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan dibuat oleh seorang individu, yang mendakwa dua lelaki Orang Asli digari kerana mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh syarikat pembalakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia berkaitan dengan satu hantaran di media sosial yang tular, berhubung insiden didakwa membabitkan dua beradik dari Kampung Rumlak di Kuala Betis, Gua Musang apabila ditangkap kerana mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh pembalak.

Menurut beliau, insiden tersebut disahkan sebagai tidak benar.

“Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil penduduk Orang Asli Kampung Rumlak berkait halangan di kawasan pembalakan, yang bertujuan bagi mengenal pasti punca permasalahan serta memberi nasihat dari segi keselamatan bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

“Semasa pihak polis membuat rondaan di kawasan pembalakan tersebut, dua individu itu meminta untuk bergambar bersama kenderaan polis sebagai kenangan dan untuk simpanan peribadi mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, gambar itu bagaimanapun, telah disalah erti dan ditularkan di platform media sosial.

“Hari ini PDRM Kelantan telah menerima satu laporan polis yang menafikan kejadian itu.

“Susulan laporan, satu kertas siasatan dibuka dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook yang mendakwa dua beradik dari Kampung Rumlag, Kuala Betis, telah ditangkap kerana mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh syarikat pembalakan.

Paparan itu mendakwa, dua beradik berkenaan digari pihak polis hingga menimbulkan kegusaran orang awam, sekali gus memberi persepsi buruk terhadap pihak berkuasa. - Getaran, 6 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia