web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penunggang Maut, Motosikal Langgar Belakang Lori Tangki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 2:28PM

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori tangki di Kilometer 444.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Rawang awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu, Muhammad Fahami Abd Manan, menunggang motosikal seorang diri parah di kepala dan badan.

Mangsa yang menetap di Bandar Country Homes dekat Rawang itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh.

Siasatan awal mendapati Muhammad Fahami dipercayai mengantuk menyebabkan motosikal ditunggangnya hilang kawalan.

“Motosikalnya hilang kawalan lalu melanggar belakang lori tangki yang berada di lorong kiri jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” demikian menurut laporan siasatan tersebut.

Kemalangan itu turut menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan di lokasi berkenaan.

Difahamkan lorong kiri dan tengah lebuhraya ditutup kepada lalulintas untuk siasatan trafik. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia