web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cabul Wanita, Anggota Tentera Direman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 6:05PM

Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat dan telah dibenarkan selama empat hari sehingga 10 Oktober.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera diberkas bagi membantu siasatan kes cabul kehormatan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sepasukan polis daripada cawangan BSJD Ampang Jaya telah menangkap suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun di sebuah rumah di Setiawangsa, di sini.

“Suspek ditahan pada 7 Oktober pada jam lebih kurang 12.30 malam. Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat dan telah dibenarkan selama empat hari sehingga 10 Oktober nanti.

“Suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera (ATM) selama tujuh tahun,” kata Mohamad Farouk dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ujarnya lagi, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan didapati negatif dadah.

“Turut dirampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai semasa kejadian. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Pagi tadi, satu laporan polis dibuat seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Mohamad Farouk berkata, selepas itu, suspek telah masuk semula ke dalam kedai dan memaklumkan pod vape dibelinya tidak berfungsi.

“Mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baharu.

“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.

“Suspek kemudian melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian selepas mangsa memberitahu terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut,” jelas Mohamad Farouk. - Getaran, 7 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Cobra Gold Bulan Ini

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Nahas 3 Tentera: Ibu Sukar Percaya Anak Sudah Tiada

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 3 Pengundi Awal Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: 97,388 Anggota Tentera, Polis Dan Pasangan Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia