web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: 3 Pengundi Awal Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Nov 2023 8:05AM

Tiga pengundi awal bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman hari ini. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman boleh dikatakan agak unik apabila pengundian awal yang ditetapkan hari ini, hanya melibatkan tiga pengundi.

Ketiga-tiga pengundi yang juga pasangan tentera itu akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal, di sini, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari nanti. 

Sebelum ini, selain tiga pengundi itu, SPR mengumumkan pengundian awal bagi PRK itu akan membabitkan seramai 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera.

Bagaimanapun, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mereka sudah diarahkan mengundi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Pengarah Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria ketika dihubungi BERNAMA berkata, cuaca di kawasan Parlimen Kemaman hari ini diramalkan hujan berterusan bermula pagi hingga petang nanti. 

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Disember ini sebagai hari mengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia membabitkan 141,790 pengundi layak termasuk pengundi pos dan awal, perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Cobra Gold Bulan Ini

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Nahas 3 Tentera: Ibu Sukar Percaya Anak Sudah Tiada

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PAS Kekal Status Quo, Pertahan Kerusi

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia