web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nahas 3 Tentera: Ibu Sukar Percaya Anak Sudah Tiada

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 8:10PM

Ruzita Zulkifli ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika berada di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - "Mak cik nak bisik di telinganya yang mak cik ampunkan dia, halalkan makan minum dan susu buatnya...".

Demikian luahan hati Ruzita Zulkifli, 58, ibu kepada Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, iaitu seorang daripada  tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk tiga trak askar, pagi tadi.

Menurut Ruzita, pada awalnya dia sukar mempercayai kejadian yang menimpa Mohd Hafiz dan terasa seperti bermimpi apabila perkara itu disampaikan suaminya, Haris Hamzah, 71.

Allahyarham Mohd Hafiz Haris
Allahyarham Mohd Hafiz Haris

"Suami terima panggilan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memaklumkan Mohd Hafiz kemalangan. Tetapi saya cakap itu tak betul dan bukan dia (Mohd Hafiz) yang terlibat dalam kemalangan itu.

"Saya rasa macam mimpi tetapi pada akhirnya, kena terima dan reda juga. Mak cik nak bisik di telinganya yang mak cik ampunkan dia, halalkan makan minum dan susu diberi padanya...Cuma itu saja mak cik nak bisik di telinganya.

"Semoga dia ditempatkan di tempat orang yang beriman. Dia anak yang baik, taat pada agama dan bertanggungjawab kepada keluarga," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, hari ini.

Nahas pada jam 10.23 pagi tadi itu mengorbankan tiga anggota tentera yang juga pemandu ketiga-tiga trak askar tersebut termasuk Mohd Hafiz. 

Dua lagi anggota tentera yang meninggal dunia adalah Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd. Asri Idris, 40 tahun.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga trak tentera tersebut bergerak dari Kem Rejimen Sempadan (RS) Pengkalan Hulu menuju ke Kem 30 Briged, Perlis.

Setibanya di lokasi, katanya, sebuah daripada trak tersebut rosak menyebabkan kesemua trak tentera itu berhenti di lorong kecemasan bagi meneliti kerosakan yang berlaku.

"Tiba-tiba, datang sebuah lori jenis Isuzu merempuh trak askar berkenaan dari belakang. Kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga anggota tentera berkenaan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori Isuzu itu pula yang berumur 31 tahun, cedera parah di kepala serta patah kaki kiri," katanya.

Difahamkan lori Isuzu tersebut dalam perjalanan dari Kulim menuju ke Alor Setar untuk menghantar bungkusan. - Getaran,  2 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

4

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar