web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


24 Jam Hilang Di Kebun, Warga Emas Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 7:30AM

Kasam Ngau (3 dari kanan) ditemukan selamat selepas 24 jam hilang di kawasan kebun berhampiran Rumah Tinggang Jalan Batu Niah, Miri.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Selepas 24 jam dikhuatiri hilang di kawasan kebun berhampiran rumah panjang di Rumah Tinggang Jalan Batu Niah, di sini, seorang warga emas lelaki ditemukan selamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Benjie berkata, mangsa  Kasam Ngau, 90 dilaporkan keluar ke kebun pada jam 7 pagi kelmarin.

Menurut beliau, keluarganya menyedari warga emas berkenaan masih tidak pulang ke rumah meskipun hari sudah semakin gelap.

"Isterinya yang bimbang telah membuat laporan di BBP Batu Niah pada jam 12.30 tengah malam semalam, memohon bantuan untuk mencari mangsa," katanya kepada Getaran hari ini.

Beliau berkata, pihak Bomba terpaksa menangguhkan misi mencari ke pagi semalam berikutan hari yang semakin gelap dan menyukarkan pergerakan.

"Bagaimanapun, pihak Bomba  dimaklumkan mangsa sudah balik ke rumah sekitar jam 7 pagi," uiarnya.

Katanya, bagi memastikan kesahihan berita berkenaan, pasukan  Bomba pergi ke rumah panjang mangsa untuk membuat pemeriksaan.

"Kita mendapati warga emas berkenaan sudah balik dan berada dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan meskipun semalaman berada di  kawasan kebun," jelasnya.- Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia