web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


McDonald's Tawar 3 Juta Kopi Percuma Pada Individu Lengkap Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 1:30PM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia menawarkan tiga juta cawan kopi Americano percuma kepada individu yang telah divaksinasi bagi menyebarkan semangat positif sempena Bulan Kopi Antarabangsa sepanjang Oktober ini.

McDonalds’s Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan baucar untuk McCafé Americano diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin terpilih di seluruh negara mulai September lepas dan minuman tersebut boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald’s sehingga 31 Dis ini.

Restoran khidmat segera itu juga memperkenalkan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara bagi menceriakan rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka agar terus bersama-sama berdiri teguh dalam susah dan senang.

“Cawan McCafé dengan mesej semangat #KitaBoleh, boleh didapati sempena Bulan Kopi Antarabangsa pada bulan ini sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia untuk terus menjalani kehidupan dan menikmati kopi kegemaran mereka,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata pemberian baucar percuma McCafé Americano adalah sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab dengan mendapatkan vaksinasi COVID-19.

"Kami komited untuk menyokong masyarakat dengan apa jua cara dan salah satunya adalah melalui minuman kopi yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan kami,” katanya.

Untuk terus memberikan keseronokan kepada rakyat Malaysia, McDonald's juga memaklumkan bahawa pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga menawarkan promosi McCafé tambahan di aplikasi McDonald’s sepanjang Oktober termasuk RM1.99 untuk Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50 peratus untuk minuman terpilih McCafé dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober ini, pelanggan boleh melayari www.mcdonalds.com.my/promotion atau ke aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store.

Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, ia memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara dan mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia