web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Royalti Pasir: SPRM Melaka Ambil Maklumat Daripada Idris Haron

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 4:44PM

Idris Haron (kanan) - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah bertemu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata perjumpaan melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka itu dengan tiga pegawai SPRM berlangsung kira-kira dua jam bermula 3 petang semalam di sebuah lokasi di negeri ini.

"Saya mengesahkan kita telah berjumpa dengan beliau (Idris) dan pihak kami telah mengambil beberapa maklumat berkaitan dakwaan berkenaan dan kerjasama yang diberikan adalah baik.

"Ia lebih kepada maklumat awal berkaitan dakwaan itu dan maklumat tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk dianalisis dan diperincikan bagi tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun BPR/SPRM ke-54 peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Mohd Shahril berkata tiada sebarang dokumen berkaitan dakwaan berkenaan diambil daripada Idris setakat ini.

Idris dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir, yang menyebabkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia