web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri: PLUS Jangka Trafik Meningkat Hingga 1.3 Juta Kenderaan Sehari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 8:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka meningkat antara 1.1 hingga 1.3 juta kenderaan sehari apabila kerajaan mengumumkan rentas negeri dibenarkan semula berikutan 90 peratus populasi dewasa telah divaksinasi.

PLUS menjangkakan ramai penduduk Lembah Klang serta dari negeri-negeri lain akan merebut peluang ini untuk melakukan perjalanan untuk bertemu ahli keluarga dan sahabat handai.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan hari ini berkata PLUS telah bersedia untuk pembukaan semula perjalanan antara negeri dan bersedia untuk kemasukan jumlah kenderaan yang tinggi.

“Lebuhraya PLUS telah bersedia untuk pembukaan semula perjalanan antara negeri dan semua 94 plaza tol di seluruh wilayah utara dan selatan bersedia untuk menerima pertambahan kenderaan sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan,” katanya.

Zakaria juga mengingatkan pengguna lebuh raya agar sentiasa memastikan tahap keselamatan mereka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu memeriksa MySejahtera, pemakaian pelitup muka yang betul, penjarakan fizikal dan pensanitasi tangan, yang perlu dipatuhi di sepanjang lebuh raya.

"Kami teruja bahawa 90 peratus populasi dewasa kita telah divaksinasi sepenuhnya dan kini boleh melakukan perjalanan di lebuh raya tetapi perlu mematuhi SOP COVID-19. Kami menggalakkan mereka selepas dua jam memandu supaya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah kami untuk berehat,” katanya.

Semua kemudahan awam di 29 R&R dan 50 hentian sebelah PLUS sentiasa dibersihkan bagi memastikan ia sentiasa diselenggara dan kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam sehari.

Selain itu, kerjasama dengan Polis Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama kakitangan PLUS di sepanjang 1,130 km itu dapat meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya tersebut.

Selain itu, pengguna lebuh raya juga mempunyai pilihan digital untuk membuat pesanan awal daripada rakan kongsi perniagaan di R&R terpilih bagi makanan berbungkus iaitu di https://ordersini.plus.com.my dan rancang perjalanan mereka menggunakan Aplikasi PLUS atau mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui www.plus.com.my. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia