web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Sewa: Perlu Penyelesaian 'Menang-Menang'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2021 12:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara kerajaan dengan Shell telah menghasilkan satu kompromi berhubung isu kemungkinan peningkatan kadar sewa terhadap pengusaha stesen minyak.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Petroleum Malaysia (SPDAM), Datuk Abd. Wahid Bidin susulan mesyuarat yang diadakan dengan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 dan 28 September.

Menurut Abd. Wahid, campur tangan kerajaan dalam isu ini adalah wajar kerana kenaikan kadar sewa akan lebih mengeruhkan lagi nasib para pengusaha stesen minyak.

“Untuk setiap liter minyak petrol yang dijual, keuntungan bagi pengusaha hanyalah 15 sen, manakala bagi minyak diesel pula adalah 10 sen.

“Daripada kadar keuntungan itulah kami menanggung segala kos operasi stesen minyak,” jelas Abd. Wahid kepada The Vibes.

Dakwanya, Shell bercadang untuk meningkatkan kadar harga jualan bagi produk petroleum syarikat itu kepada pengusaha stesen.

“Inilah sebabnya kenapa kerajaan perlu menolong kami. Lebih-lebih lagi ketika pengusaha stesen minyak rugi teruk kerana pandemik ini,” keluh Abd. Wahid.

Beliau juga menambah bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga berharap agar Shell tidak menamatkan kontrak pengusaha stesen minyak yang kurang produktif sepanjang musim pandemik ini.

Terdahulu The Vibes melaporkan keluhan serta dakwaan pengusaha stesen minyak Bumiputera perihal tindakan syarikat pengeluar minyak asing yang mahu “mencekik” mereka dengan kenaikan harga sewa. - The Vibes, 9 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia