web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Program Pemutihan Tanah Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 5:39PM

Wan Rosdy Wan Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang menafikan melantik syarikat swasta untuk membantu melakukan program pemutihan tanah diteroka secara haram seperti ditularkan di media sosial. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini tidak ada mana-mana pihak berjumpa dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan maklumat sebenar berkaitan isu berkenaan. 

“Perkara ini sangat mendukacitakan kerana mereka (syarikat terbabit) menggunakan nama kerajaan negeri walhal perkara itu tidak benar dan tidak pernah dibincangkan mesyuarat EXCO kerajaan Pahang. 

“Jadi mereka (mangsa) pernah berurusan mungkin antara terpedaya dan tertipu, terpulang kepada mereka sama ada mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang," katanya di sini.

Menurut beliau, dakwaan bahawa kerajaan negeri terbabit melantik syarikat tertentu adalah tidak benar sama sekali.

“Bagi pihak yang sudah membuat bayaran, saya ingin menyatakan di sini bahawa setakat hari ini, dakwaan kononnya kita ada melantik mana-mana pihak atau syarikat adalah tidak benar sama sekali, " tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan penasihat undang-undang Pahang dan sedia mengambil tindakan terhadap pihak terbabit yang didapati menyalahgunakan nama kerajaan negeri bagi tujuan atau aktiviti penipuan. 

“Sebarang keputusan mengenai kerja pemutihan tanah perlu melalui pelbagai proses dan penelitian.

“Langkah pertama ialah perkara itu mesti dibawa ke mesyuarat EXCO sebelum keputusan dibuat dan tindakan susulan dilakukan," katanya. 

Sejak semalam, tular dakwaan mengenai kewujudan syarikat kononnya dipengerusikan kerabat Diraja, yang mendakwa diberi mandat oleh kerajaan Pahang untuk melakukan program pemutihan tanah diteroka secara haram.

Syarikat itu juga mendakwa berperanan sebagai perantara kerajaan negeri dan peneroka untuk menguruskan pelbagai isu, termasuk tuntutan hak bagi tanah haram berkenaan. 

Syarikat beralamat di Kuantan itu juga didakwa ada menghantar surat kepada pejabat tanah di Pahang dan menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama bagi program pemutihan terbabit. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia