web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peluang 5 Pemancing Hilang Ditemui Hidup Tipis, Tiada Petunjuk Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2021 8:21PM

Anggota Maritim menjalankan CARILAMAT bagi mengesan 5 pemancing yang hilang selepas bot mereka karam di perairan Santubong.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING- Pasukan penyelamat tidak menemui sebarang petunjuk baharu sepanjang tujuh hari Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan, bagi mengesan lima pemancing yang hilang selepas bot mereka dipercayai karam di perairan Santubong, Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pasukan penyelamat hanya menjumpai boya berwarna oren yang terapung, dan disahkan pemilik bot 3 Oktober lalu, pada jarak 34.5 batu nautika barat laut, Muara Sungai Santubong.

Menurut beliau, kebarangkalian untuk semua mangsa masih hidup juga tidak dapat pastikan.

"Memandangkan tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemui, kebarangkalian mangsa yang dicari masih hidup mungkin tipis," katanya hari ini.

Tiada sebarang petunjuk ditemui dalam operasi yang dilancarkan pihak berkuasa hari ini.
Tiada sebarang petunjuk ditemui dalam operasi yang dilancarkan pihak berkuasa hari ini.

Beliau berkata, pencarian mangsa dan bot masih diteruskan selepas ini yang akan dimasukkan dalam sektor rondaan operasi harian untuk yang beroperasi di laut kelak. 

"Operasi CARILAMAT ke atas lima pemancing yang dilaporkan tidak pulang pada 3 Oktober lepas, ditangguhkan pada jam 5 petang tadi, selepas tujuh hari operasi pencarian dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," ujarnya.

Zin Azman berkata, secara keseluruhannya, pasukan penyelamat telah membuat pencarian membabitkan kawasan seluas 3144.04 batu nautika persegi, menggunakan pelbagai aset laut dan udara.

"Maritim Malaysia memohon jasa baik serta kerjasama komuniti nelayan sekitar serta semua kapal dagang untuk melaporkan sebarang penemuan berkaitan kepada pihak kami bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya.

Dalam kejadian berkenaan, Khamizan Saidi (tekong), Ng Ching Hui, Christoper Teo, Yap Tze Kang dan Leo Dy Lee Jiann Tarn masih gagal ditemui selepas bot mereka dipercayai karam di perairan Santubong. -  Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia