web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Hilang Ketika Memukat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 10:51AM

Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika keluar memukat di Sungai Padas, Kuala Tomani, semalam. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika keluar memukat di Sungau Padas Kuala Tomani, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Zali Tun, 25, dilaporkan hilang ketika hendak mengambil pukat di sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Mohd Zainal Sinsian ketika dihubungi Getaran mengesahkan kejadian tersebut.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 tengah hari, semalam.

"Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari BBP Tenom bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai," katanya.

Menurut Mohd Zainal, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di permukaan sungai menggunakan bot dengan menyusuri tebing Sungai Padas sejauh satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Bagaimanapun, usaha tersebut gagal menemui mangsa dan operasi ditangguhkan sehingga jam 5.30 petang semalam," katanya.

Tambahnya, SAR akan diteruskan hari ini. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia