web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Pemalsuan Dokumen, Polis Ambil Keterangan 'Datuk Seri'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 3:52PM

Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis telah mengambil keterangan seorang wanita didakwa ‘Datuk Seri’ dan seorang peguam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen surat aku janji, bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing dengan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya ketika ini sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam siasatan terbabit, untuk diambil keterangan.

“Kita sudah ambil keterangan dua individu setakat ini dan sedang memeriksa dokumen-dokumen dan akaun yang terlibat dalam kes ini.

“Orang ramai jangan terpengaruh dengan komen dalam media sosial yang bermacam-macam dakwaan berkaitan kes ini. Biar polis menjalankan  siasatan yang lengkap dan selesai ambil keterangan…kalau cukup bukti kita akan tuduh,” katanya pada sidang media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, di sini hari ini.

Ketika ditanya sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur politik, Ayob Khan berkata siasatan akan dilakukan terlebih dahulu.

Pada dua hari lepas (8 Oktober), Ayob Khan berkata siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan susulan laporan polis yang diterima pihaknya daripada Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada 7 Oktober.

Beliau berkata, laporan itu menyatakan wanita tempatan mendakwa, menerima mandat daripada Tunku Ismail untuk menjalankan urusan pertukaran mata wang 200 bilion dolar Amerika Syarikat sehingga 5 trilion Dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia, manakala peguam terbabit pula merupakan proksi berkaitan dokumen berkenaan.

Sementara itu dalam satu kes berlainan, Ayob Khan berkata pihaknya mengambil keterangan seorang lelaki kerana memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Institusi Diraja Johor, menerusi akaun Twitter pada Jumaat (8 Oktober).

Ayob Khan berkata lelaki berusia 42 tahun yang bekerja mengecat kenderaan secara sambilan itu, diambil keterangan selepas ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor pada pukul 9.25 malam di rumahnya di Ulu Tiram, di sini.

Katanya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi dan Keluarga Diraja Johor pada pukul 2.03 petang, hari sama.

Menurutnya, lelaki berkenaan memuatnaik komen berunsur penghinaan itu menerusi akaun Twitter miliknya ‘zion74rey@reymizion74’.

“Kita menahan individu ini untuk diambil keterangan, lengkap kertas siasatan kita akan serah kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Ayob Khan berkata hasil semakan turut mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan ceroboh dan khianat.

Beliau berkata,kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia