web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hampir 80 Peratus Pelajar 12-17 Tahun Terima 1 Dos Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2021 7:49PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir 80 peratus pelajar berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 hingga kini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. 

Dalam perkongsian di Facebook, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pelaksanaan program vaksinasi kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula pada awal September lepas.

Jelasnya, KPM dan KKM telah mengadakan perbincangan bagi meneliti pendekatan terbaik untuk menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan PICK Remaja bagi murid sekolah KPM dan maklumat tersebut boleh dikongsikan kepada umum sepertimana data vaksinasi yang lain.

“Alhamdulillah, hari ini KKM melancarkan fitur baharu mengenai perincian vaksinasi bagi peringkat sekolah di bawah KPM dalam laman sesawang COVIDNOW.

“Melalui fitur baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://covidnow.moh.gov.my/school,” katanya. 

Radzi berkata usaha tersebut dapat menyediakan maklumat telus kepada masyarakat khususnya ibu, bapa serta penjaga dan juga sebahagian daripada langkah peralihan negara ke fasa endemik. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia